Tuesday, 17 September 2019


                       
KEMAHIRAN MEMBACA

OLEH : IFFAH RAISAH  BINTI MUHAMMAD


1.0   PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada system kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (smith, 1978).
Deboer dan Dallman berpendapat membaca melibatkan dua faktor, iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Gibson pula menegaskan membaca bermakna bertindak balas terhadap simbol-simbol grafik, mentafsir simbol-simbol grafik kepada pertuturan dan mendapatkan makna daripada bahan-bahan bercetak.

2.0  DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
Membaca juga merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. Membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan. Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Oleh itu, untuk membaca seseorang mestilah mengenal dan menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis. Tambahan pula, Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.

Oleh itu, membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu Menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu. Membaca juga boleh dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisaan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.
Maklumat lanjut mengenai maksud kemahiran membaca yang lebih mendalam boleh didapati di https://www.slideshare.net/aliarissa/definisi-kemahiran-membaca

3.0 TUJUAN MEMBACA
Membaca ialah proses berfikir yang melibatkan pemikiran bersurat dan tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberikan idea dan mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi baharu (Syed Ismail, Ahmad Subki & Aliza Adnan, 2014).
Keupayaan seseorang untuk mentafsirkan teks tertakluk kepada dua kompetensi yangsama kepentingannya, iaitu;
a)    Pemahaman bahasa, iaitu keupayaan untuk membina makna daripada teks yang digunakan.
b)    Pendekodan symbol, iaitu keupayaan untuk mengenal symbol bertulis daripada perkataan.

Perhubungan kedua-dua kompetensi dankeupayaan membaca digambarkan dalam Rajah berikut



Kedua-dua kompetensi tersebut merupakan aspek wajib dalam menentukan keupayaan membaca. Seseorang yang berkompetan dalam bahasa tetapi kurang cekap untuk mengenali symbol bertulis bahasa tersebut tidak akan memperoleh kefahaman bacaan yang berjaya dan sebaliknya. Oleh yang demikian, keupayaan membaca dan memahami petikan teks memerlukan pemahaman bahasa dan pendekodan simbol bahasa.Kelemahan dalam salah satu aspek akan memjejaskan keupayaan membaca seseorang.

Terdapat lima tujuan asas membaca dan setiapnya mempunyai motivasi, strategi dan aktiviti yang berbeza, iaitu:
§  Mendapatkan kerangka awal
§  Mencari maklumat khusus
§  Mengaplikasilan maklumat yang dibaca
§  Menganalisis, interpretasi dan menggunakan maklumat
§  Hiburan

3.1 MEMBACA UNTUK MENDAPATKAN KERANGKA AWAL
Membaca untuk mendapatkan suatu idea umum daripada sesebuah buku.Isi kandungan sesebuah buku dapat membantu pembaca untuk membuat keputusan dari segi kesesuaian bahan dan tindakan seterusnya.Selalunya judul,sinopsis ,senarai kandungan buku dan abstrak jurnal atau senarai rujukan artikel jurnal memberikan gambaran awal tentang kesesuaian bahan dengan topik pengajian.

3.2 MEMBACA UNTUK MENCARI MAKLUMAT KHUSUS
·         Pelajar hanya membaca bahagian yang berkaitan dengan topik atau bidang pengajian
·         Pelajar akan membaca untuk mendapatkan maklumat khusus contohnya melalui ruang iklan, surat khabar, mencari maksud perkataan, direktori telefon dan sebagainya.

3.3 MEMBACA UNTUK MENGAPLIKASIKAN TEKS YANG DIBACA
Ontohnya membaca manual sesuatu gajet. Teks seperti ini dipersembahkan dalam cara yang sistematik  untuk menyatakan cara-cara menggunakan sesuatu gajet. Selain itu,ia juga menggunakan bahasa teknikal yang senang difahami oleh pengguna untuk mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam situasi baharu.

3.4 MEMBACA UNTUK TUJUAN AKADEMIK
Pembacaan akademik memerlukan keterlibatan secara aktif dengan teks seperti berfikir secara kritis dan analitikal, menerokai soalan dan persoalan untuk mudah difahami oleh pembaca. Sebagai pembaca analitikal, kita hendaklah berhenti mambaca sejenak untuk memikirkan teks yang telah dibaca. Pertimbangkan perkara yang tersirat dan tersurat, menyoalkan kesahihan maklumat dan membuat bacaan silang rujukan sebelum menggunakan maklumat tersebut.

Teks berbentuk akademik  adalah seperti topik tertentu daripada buku rujukan, artikel, laporan, prosiding kertas persidangan dan tesis. Kita  mungkin tidak akan menggunakan seluruh maklumat yang terkandung dalam bahan akademik tersebut. Oleh yang demikian,kita hendaklah mengenal pasti dan memfokuskan idea utama yang berkaitan dengan bidang pengajian.Antara panduan utama untuk pemilihan fokus bacaan adalah dengan merujuk ringkasan kursus dan nota kuliah

Selain itu, membaca secara strategik merupakan antara kemahiran terpenting yang melibatkan proses pemikiran untuk memahami,menghubung kait, mengorganisasi dan mengembangkan idea untuk menghasilkan penulisan akademik dalam bidang pengajian

3.5 MEMBACA UNTUK HIBURAN





Membaca sesuatu bahan bacaan secara santai iaitu bahan bacaan yang merangkumi fiksyen dan bukan fiksyen seperti bacaan yang berkaitan dengan hobi. Bahan bacaan tersebut bukan hanya boleh dibaca sebagai teks pengajaran untuk menguasai sesuatu kemahiran tetapi boleh juga dibaca untuk hiburan semata-mata.

Fiksyen seperti karya sastera dianggap sebagai bacaan santai ,namun bacaan ini juga boleh dibaca untuk kajian akademik.


Sebagai penuntut di institusi pengajian tinggi , kita digalakkan untuk membaca dengan lebih meluas, iaitu melangkaui teks akademik. Apabila membaca bidang yang diminati atau hobi yang diceburi, kita akan lebih tenang dan gembira. Selain itu, kita dapat mengembangkan idea dan minda sendiri.

PEMBACAAN PERLAHAN

OLEH : NORHANI YASMIN BINTI AHMAD NOORDIN

Pembacaan perlahan ini biasanya bila seseorang itu membaca di bawah 200 patah perkataan seminit. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak cekap dalam membaca dan sukar untuk memahami teks. Pembaca yang baik dapat mengenal pasti bahagian yang perlu dibaca dengan perlahan dan bahagian yang perlu dibaca dengan pintas lalu sahaja.

                                
  
 

                                FAKTOR                                                        CARA ATASI
Bacaan imbas balik menyebabkan hilang fokus
Kurangkan bacaan imbas balik
Bacaan bersuara
Baca bersuara untuk mencapai kefahaman sahaja
tidak mengamalkan kemahiran membaca secara kritis
Gunakan teknik penyoalan
Kadar Kelajuan pembacaan tidak sejajar dengan tujuan dan tahap kesukaran teks
Mengaplikasi teknik membaca berkesan untuk menyesuaikan kadar kelajuan membaca dengan tujuan


 



















PEMBACAAN CEPAT

Kaedah membaca tanpa melihat setiap perkataan dengan teliti. Menurut Malone(2004), untuk bahan yang lebih sukar dengan tahap pemahaman yang tinggi, kadar bacaan 400 perkataan seminit adalah sudah dikira baik.


SKIMMING
Apa itu skimming? Skimming adalah cara membaca yang cepat dimana kita mencari maklumat dengan pantas untuk mendapatkan satu idea umum bagi suatu bahan bacaan.



SCANNING

Apa itu scanning? Scanning ialah cara membaca cepat yang bertujuan untuk mendapatkan fakta atau istilah yang khusus atau telah ditetapkan.

PEMBACAAN KRITIS SQ3R

            OLEH : NOOR ILYANA BINTI NORLEE
             
Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar ketika membaca. Menurut Fadzilah (1999) kefahaman membaca adalah satu proses membaca dan memahami, membuat tindak balas serta dapat menggunakan idea kritis. Ia melibatkan pemikiran tentang perkara yang tersurat dan tersirat, menghubung idea-idea, menyoal dan bertindak balas. Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa ataupun selepas proses membaca (Yahya 2003). Oleh itu, pelajar perlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan ada. Kaedah pembacaan yang tidak betul akan menyebabkan pelajar berasa cepat bosan, kurang berminat dan cepat berasa mengantuk.

Teknik SQ3R yang dipelopori oleh Robinson (1941) ini melatih diri untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Teknik SQ3R membolehkan pelajar untuk mendapatkan maklumat daripada teks, memahami maklumat, mengingati maklumat lebih lama, dan dapat menggunakan semula maklumat yang disimpan dalam mental. Perhubungan antara teknik SQ3R dengan kefahaman membaca adalah bersesuaian kerana bertujuan untuk menumpukan aspek bagi mendapatkan maklumat daripada teks bacaan. Dengan mengamalkan teknik ini, pelajar dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.

Robinson telah menetapkan lima langkah yang perlu dilakukan mengikut urutan dalam teknik SQ3R ini, iaitu :

S
Survey ( Meninjau)
Q
Question ( Menyoal )
R
Read ( Membaca )
R
Recite ( Menyatakan semula )
R
Review ( Menyemak )




  









\



a) SURVEY (MENINJAU)
 Survey ( meninjau ) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Berasaskan prinsip psikologi Gestalt yang menekankan “ keseluruhan adalah lebih besar daripada jumlah unit-unitnya (the whole is bigger than the sum of its parts)”, seseorang itu harus membaca untuk memahami keseluruhan teks sebelum cuba menguasai bahagian-bahagian tertentu.




Dalam langkah ini, ia mempunyai persamaan dengan teknik bacaan pantas, iaitu skimming dan scanning. Masa yang diambil untuk mendapatkan kerangka awal atau overview bahan tersebut antara 3-5 minit.


b) QUESTION (MENYOAL)

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Aktiviti ini juga boleh dijalankan dengan menukar tajuk dan subtajuk kepada bentuk soalan. Langkah ini juga mengambil masa antara 3-5 minit sebagai motivasi untuk pelajar mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.



C) READ (MEMBACA)
Read (baca) ialah peringkat membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelum ini. Ketika membaca, pemprosesan maklumat secara kritis dan analitikal berlaku dan situasi ini mungkin menimbulkan soalan-soalan tambahan berdasarkan kefahaman dan perkembangan pembacaan. Hal ini juga membenarkan pembaca untuk membuat perkaitan serta memberikan tumpuan kepada intipati kandungan pembelajaran.


Perkara yang dititikberatkan semasa membaca






d) RECITE (MENYATAKAN SEMULA)

Setelah selesai membaca, pembaca cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pembaca juga boleh cuba menyatakan semula (secara nyaring) apa-apa sahaja yang difahami dan diingati daripada pembacaan. Contohnya, pembaca boleh menjelaskan apa yang telah dibaca kepada orang lain atau berimaginasi seolah-olah menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain. Pembaca juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Langkah ini juga bleh dilakukan dalam format bertulis dengan meulis semula apa-apa yang telah dibaca dengan menggunakan perkataan sendiri.


e) REVIEW (MENYEMAK)

Review merupakan peringkat terakhir dalam teknik membaca SQ3R ini. Pembaca akan membaca bahagian penting/ terpilih sekali lagi dengan merujuk kepada nota. Setelah itu, pembaca boleh memperbaiki nota dengan memberikan perhatian yang lebih kepada bahagian yang sukar.






 RUMUSAN 

Intihannya, kita mestilah mempunyai tujuan yang jelas semasa membaca. Dengan mengenal pasti tujuan membaca, seseorang itu dapat merancang teknik pembacaan yang sesuai dengan strategik. Untuk tujuan akademik, teknik pembacan yang sesuai ialah dengan menggunakan teknik skimming dan scanning. Teknik SQ3R pula disyorkan untuk kegunaan pelajar-pelajar di institute pendidikan tinggi kerana teknik ini dapat membantu pembaca mengingati, mengenal pasti serta menguasai idea dan fakta penting dalam teks. Oleh tu, teknik membaca ini sangat mempengaruhi kejayaan seseorang, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi dalam kehidupan seharian. 


No comments:

Post a Comment

                        KEMAHIRAN MEMBACA OLEH : IFFAH RAISAH  BINTI MUHAMMAD 1.0     PENGENALAN Kemahiran membaca merupak...